Saturday, October 23, 2010

Pusingan Kedua 1/2 Akhir TM Piala Malaysia 2010

Pusingan Kedua (Sabtu,23 Oktober 2010)

Kelantan vs Kedah (SSM-IV)

Johor FC vs N Sembilan (Std Pasir GUdang)






Malam nieh peminat-peminat bolasepak tempatan khususnya penyokong Kedah, Kelantan, Johor Fc dan juga Negeri Sembilan akan memenuhkan stadium-stadium perlawanan dimana ianya akan menentukan pasukan-pasukan yang manakah akan memasuki perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2010.

Bagi pasukan Johor FC, tentulah kemenangan yang di cari walaupun keputusan seri akan membawa mereka ke final. Apatah lagi bermain di tempat sendiri, pastinya pasukan Johor Fc akan menghadiahkan kejayaan kepada penyokong mereka. Team Negeri Sembilan pula tentunya mempunyai misi dan tugas berat untuk menjaringkan gol kerana Johor Fc agak kebal bermain di tempat sendiri. Pastinya pasangan kembar di tagih khidmat mereka untuk memberikan kemenangan kepada pasukan mereka.

Kelantan pula, pastinya mencari kemenangan di tempat sendiri. Di sertai dengan puluhan ribu 'ombak merah', pastinya pasukan Red Warrior akan mencuba sehabis baik. Paling tidak pun cukuplah dengan keputusan seri, kerana peraturan bermain di tempat sendiri akan memberikan kelebihan kepada pasukan Red Warriors. Pasukan Kedah yang sinonim dengan pasukan Kenari menghadapi tugas berat untuk melangkah ke perlawanan akhir nanti. Bermain di tempat lawan yang pastinya ramai dengan lautan merah penyokong Kelantan akan memberikan tekanan kepada pasukan Kenari. Hanya sorakan Hijau Kuning sebilangan kecil penyokong Kedah di harap akan memberikan semangat kepada pemain-pemain Kedah.

Team Kedah - credit to http://muizzuddinyahaya.com
The Red Warriors - http://muizzuddinyahaya.com

Ayuh... Buktikan kepada peminat-peminat bolasepak tempatan bahawa taraf permainan bolasepak Malaysia bukankah lemah seperti yang di sangkakan. Jom BOLA.. 

p/s: Errr.. ada macam gaya penulis berita sukan tak.. Wahahaha.. Ntuk team dan penyokong kedah.. Jom nyanyi... 

yakinkanlah diri sendiri
berjuanglah sejiwa murni
tekun berani sesungguh hati
demi sukan mengharum negeri
biar jasa jadi kenangan
hijau kuning lambang kemegahan
jelapang padi tempat sanjungan
negeri kedah darul aman
kedah kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas senula gagah
bujur lalu melintang patah
hijau kuning tanahku
darul aman negeriku
hijau kuning darahku
negeri kedah negeriku


0 nuKiLan penDapaT:

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver