Friday, December 24, 2010

Semahal Air Mata


Tak dapat nak di bayangkan..
Penantian seorang ayah... 
Seorang suami...
Yang bersiap sedia menanti berita gembira di rumah...
Meraikan pencapaian cemerlang seorang anak..
Untuk peperiksaan PMR 2010..

Namun...
Ianya bertukar menjadi sebaliknya..
Sang ayah dan juga suami..
Kehilangan kedua-dua orang yang tersayang..
Isteri tercinta....
Anak perempuan di kasihi...
Hancur luluh mendengar khabar berita..
Melihat semuanya di depan mata...

AL-FATIHAH 



Pagi jumaat nieh.. macam biasa.. bukak tenet.. baca paper.. main muka buku.. heheh.. keja dah slow n steady.. al-maklum la.. hujung tahun.. tutup projek.. tu pun kalu semuanya ok dong..

Klik satu tajuk kat paper bharian.. berita kemalangan.. aishhh.. 
Tengak gambar yang di paparkan di situ.. Kemudiannya membaca isi-isi cerita...
Jatuh juga air mata jantan ku yg mahal.. (mahal wooo)..
Aku bayangkan yang aku adalah ayah kepada mangsa kejadian..
Di mana perasaan gembira dan suka yang sangat-sangat bertukar 360o.
Menjadi sedih yang amat..
ntah la.. tatau nak taip apa dah..

Nway.. dari pemerhatian aku lately.. Memang aku dah banyak aku perati yang drebar-drebar lori nieh.. (sorry to said).. tarak skolah punya orang.. Dengan cara pemanduan yang merbahaya.. Di tambah pulak kelajuan yang menakutkan.... Mau kecut perut gak bila selisih ngan lori-lori nieh... Kadang-kadang nak tukaq lane dari kiri ke kanan.. ikut suka-suka mak pak laki tiri sebelah sepupu jiran sebelah ja drebar lori nieh tukaq lane.. huhhhh.. then.. bila sumthing heppen.. tadaaa.. yang kena teruk adalah kenderaan kecik-kecik nieh..

huh.. malas aku nak tulis sikap pemandu lori yang tak takut mati nieh...

Remaja dalam perjalanan pulang ambil slip PMR

KOTA BHARU: Kegembiraan seorang pelajar memperoleh 4A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dalam suasana menyayat hati apabila dia dan ibunya maut selepas dirempuh lori pasir yang terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari di simpang tiga Kok Lanas di sini, ketika pelajar Maahad Syamsul Maarif, Pulau Chondong, Siti Aisyah Zakaria, 15, membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, berhenti di persimpangan lampu isyarat menuju ke Selising.
Ketika itu, lori sarat muatan pasir keluar dari arah Selising ke Machang, hilang kawalan sebelum merempuh dua beranak terbabit.
Akibat rempuhan berkenaan, Aziza tercampak ke atas jalan raya, manakala Siti Aisyah dihempap tayar lori itu yang terbalik menyebabkan dua beranak itu mati serta-merta akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian malang itu membuatkan hati pesara tentera, Zakaria Mohamad, 43, luluh apabila melihat mayat isteri dan anaknya terbujur kaku sejurus berkejar ke lokasi sebaik dimaklumkan rakannya yang kebetulan melalui tempat kemalangan.

Ketika tiba di lokasi, saya tergamam melihat isteri terbujur kaku, manakala kepala dan tubuh anak kedua saya dihempap tayar lori.

Saya merancang meraikan kejayaan Siti Aishah, malah berjanji membawa keluarga bercuti lusa, katanya sambil menahan sebak keti-ka ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam.
Zakaria yang ketika kejadian sedang menghantar bekalan baju, berkata isterinya yang bertugas sebagai Kerani Kewangan di Kem Desa Pahlawan, mengambil kesempatan pulang seketika pagi semalam, kerana menemani anak kedua daripada enam beradik itu mengambil slip keputusan PMR.

Katanya, beliau mengetahui Siti Aisyah memperoleh keputusan 4A, 1B dan 2C selepas dimaklumkan guru yang menghubunginya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata susulan kemalangan berkenaan, pihaknya kini sedang menyoal siasat pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

4 nuKiLan penDapaT:

xynophillious said...

haa, nie kes kat negeri aq...al-fatihah..

myatiqah said...

betol2,drebar lori ni mmg mcm hantu bwak lori..aku pnah kena kt hiway utara-selatan.siyes aku brek mngejut time tgh laju tu,lori pnye pasal msuk lane kanan tnpa segan-silu..

curigelap said...

huhuh... lori kalu wat laju.. musti akan terbabas sbb daya inersia yang tinggi diperlukan untuk mengstopkan lori tu.. aarhhh..

Anonymous said...

Kasihan dan simpati yang amat tinggi kepada mangsa2 kemalangan ngeri tu...
Yang lori tu pulak, dipandu laju2 walaupun dah tau buruk dan brek tak makan....betul2 bebal punya pemandu!
sikap pemandu jalanray di Malaysia masih tak berubah sejak merdeka...
Negara merdeka, pemikiran tak merdeka

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver