Friday, June 3, 2011

BaCk to tHis World

Emmm...

Dah lama rasanya tak menulis sesuatu di sini... Lebih kurang 6 bulan lamanya tidak mengaktifkan diri... Sibukkah..?? Malaskah..?? Takda ideakah..? Jawapan yang pasti..

NTAHLAH..

Banyak yang berlaku dalam tempoh enam bulan nieh.. Antaranya pertambahan ahli keluarga dan yang terbesar dalam sejarah hidup manusia.. KEHILANGAN ahli keluarga..

Aku sedang mengumpulkan kekuatan untuk kembali semula pada diriku yang ASAL... Sokongan dari insan tersayang terutama isteri(s) opppss.. Hehehe.. dan juga keluargaku..

Ya...

Manusia sedang menunggu namanya di panggil untuk 'perjalanan' yang amat jauh.. Menuju persinggahan sementara yang sempit dan gelap sementara sebelum tiba di tempat abadi..

Namun..

Aku merasakan suatu perasaan di mana aku lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.. Perginya seorang diri di suatu tempat yang asing di mana di kelilingi oleh orang-orang yang tidak di kenali.. Terima kasih kepada mereka yang telah menjaganya tika tibanya insan-insan yang di sayanginya... Bagiku.. mereka memang insan mulia.. Manakan tidak.. Dalam keadaan sedang menanti sakaratulmaut menjalankan tugasnya, banyak 'harta' yang ada di dalam tempat kejadian.. Orang-orang asing yang berhati mulia telah berada di sisinya tanpa apa-apa kejadian yang tidak di ingini..

Aku pasrah.. Aku redha..

Bila mana terfikirkan perginya di hari yang baik ... Bilamana ramai rakan taulan, jiran-jiran dan saudara mara mendoakannya pergi dengan ikhlas.. Di mana ketika memandikannya ramai yang memberikan bantuan ... Di mana ketika mengangkatnya ramai yang berebut-rebut membantu... Di mana ketika di sembahyangkannya, ramai yang menyertai acara tersebut sehingga waris terdekat berasak-asak menyertai solat tersebut.. Di mana tika mengangkatnya ke tempat alam sementara.. Ramai jemaah yang menbantu.. Dan bilamana ketika di simpannya di dalam sana.. Ramai yang membantu mengangkat dan mengambusnya dengan tanah-tanah yang sedia berkhidmat.. Alhamdulillah.. Semuanya lancar dengan bantuan-Mu ya ALLAH..

AL-FATIHAH - Allahyarham Mat Hussin b Ibrahim (1951-2011)

1 nuKiLan penDapaT:

cik puan eLy said...

ehem.. nk tambah cawangan ke?

kita doa byk2 ye..

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver