Monday, September 14, 2009

Di Danau Ini


Di danau ini
Aku duduk merenung
Dedaun nyiur melambai
Seolah olah
Menenangkan tasik hatiku
Agar selitkan ketabahan
Dalam mengharungi onak berduri

Kelopak mata
Di genangi mutiara jernih
Umpama hujan tiada teduhnya
Secalit penyesalan menyusup di jiwa

Betapa
Selaut harapan
Yang terpatri tidak dikotai

Lantaran
Ucapanmu menguasai diri
Pernah impian
Insan yang mengimpikan
Segulung kejayaan

Dan
Di danau ini
Ku simpul ikatan azam
Aku perlu
Mengorak langkah baru
Ketika perjalanan
Menuju ke puncak jaya

4 nuKiLan penDapaT:

cik seLamaH KunDang said...

pergh..jiwang semcm

curigelap said...

heheh.. sesekali.. huhuh.. nak dekat rayalah katakan.. tu teringat kt kampung tu.. maklumlah.. dok perantauan.. (erkk.. ada kampung ka..)

eLy said...

jiwang ke terkenangkan taman halaman ke atau teringat 'kisah2' dulu?

curigelap said...

hohoh.. sindrom raya aa.. balik kampung.. main ngan anak buah.. tu pun kalu balik.. uhuks

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver